Penyanyi nasyid Indonesia Nur Asiah Jamil meninggal dunia
Penyanyi nasyid tersohor Indonesia, Hajah Nur Asiah Jamil, yang terkenal dengan lagu-lagu nasyid seperti Panggilan Haji, Selimut Putih dan Alquran, meninggal dunia di rumahnya di kota Medan, Indonesia sekitar 9 malam tadi.
SINGAPURA: Penyanyi nasyid tersohor Indonesia, Hajah Nur Asiah Jamil, yang terkenal dengan lagu-lagu nasyid seperti Panggilan Haji, Selimut Putih dan Alquran, meninggal dunia di rumahnya di kota Medan, Indonesia sekitar 9 malam tadi.
Berusia 70 tahun, Allahyarhamha mengadu sakit perut sejak dua hingga tiga hari lalu. Namun menurut menantunya, Rijaan Sari, Allahyarhamha tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk. Beliau menyifatkan Allahyarhamha sebagai mertua yang sangat lembut dan penyayang. Hajah Nur Asiah juga, tambahnya, banyak membantu mengasuh anak-anak muda mendendangkan lagu-lagu nasyid sejak kebelakangan ini.
Kematiannya merupakan satu kehilangan besar bagi anak-anak asuhannya serta para peminat Allahyarhamha yang pernah merakamkan sekitar 500 buah lagu nasyid.
Allahyarhamha dilahirkan di bandar Kotari, utara Medan dan mendapat pendidikan agama yang kuat sejak kecil. Allahyarhamha meninggalkan empat orang anak - seorang perempuan dan tiga lelaki - serta 10 orang cucu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.