Images
  • M.Y. Shamsudin
    Petikan gambar dari video; kulit album Allahyarham M. Y. Shamsudin. (Gambar: Hassny Hussin/YouTube)

Penyanyi 60-an M. Y. Shamsudin meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penyanyi tahun 60-an, M. Y. Shamsudin meninggal dunia pada usia 78 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Malaysia.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 11.00 malam semalam (10 Ogos) akibat jangkitan paru-paru.

Menurut isterinya, Fatimah Isa, 70 tahun, suaminya dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak lima bulan lalu selepas mengalami sesak nafas.

Cik Fatimah yang dihubungi Bernama hari ini (11 Ogos) berkata Allahyarham sebelum ini terlantar sakit akibat lumpuh selepas terjatuh 27 tahun lalu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat, tambah beliau.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan lima cucu.

Cik Fatimah yang juga pasangan duet Allahyarham menghasilkan beberapa lagu popular pada era 60-an, antaranya ‘Salah Sangka’ dan ‘Dapat Kembali’.

- Bernama/NK/nk

Komen Anda?

Top