Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pengurus Datuk Siti Nurhaliza dedahkan pengorbanan penyanyi itu selama 11 tahun

Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan minggu lalu bahawa beliau sedang hamil empat bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengurus Datuk Siti Nurhaliza dedahkan pengorbanan penyanyi itu selama 11 tahun

Gambar Siti Nurhaliza. (Gambar: CNA/Instagram)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 10:44PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 10:47PM

MALAYSIA: Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan minggu lalu bahawa beliau sedang hamil empat bulan.

Pelbagai reaksi membanjiri media sosial, kebanyakannya positif dengan para peminat penyanyi tersohor negara itu gembira dengan berita tersebut.

Namun begitu, di sebalik kegembiraan itu terdapat pelbagai cabaran yang harus dilalui Datuk Siti Nurhaliza untuk menimang cahaya mata.

Pengurus beliau, Rozi Abdul Razak mendedahkan pengorbanan dan usaha penyanyi itu selama 11 tahun lamanya untuk dikurniakan anak.

Dalam catatan di Instagram, Rozi mendedahkan adik iparnya itu tidak pernah berputus asa menjalani rawatan kesuburan.

Beliau juga mengatakan rawatan kesuburan itu menyebabkan saiz badan Siti lebih besar selepas kahwin.

Meskipun begitu, Siti tidak pernah putus asa kerana beliau akan cuba diet dan melakukan senaman untuk kekalkan tubuh badan yang menarik setiap kali perlu tampil dalam persembahan nyanyian dan sebagainya.

Menurut Rozi lagi, selesai sahaja memenuhi undangan nyanyian Siti akan kembali menjalani rawatan kesuburan dan ia berulang sehingga 11 tahun lamanya, menurut laporan Astro Awani.

Ini adalah catatan Rozi dalam Instagramnya:

"Sebelum @ctdk berkahwin, kami merancang untuk bercuti 'pantang' bersama-sama. Maklum saja, kami sering bekerja bersama dan bercadang untuk bercuti pantang juga bersama. Memang agak lucu tetapi begitulah perancangan kami.

"Bulan demi bulan, tahun demi tahun, belum ada rezeki beliau untuk dikurniakan cahaya mata dan anak bongsu saya juga kini sudah berusia 10 tahun. Saya ringkaskan cerita panjang @ctdk, beritahulah apa saja cara, namakan petua dan rawatan, sebut saja kaedahnya, beliau terus mencuba, ya, tanpa henti.

"Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan mengalami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan, mungkin anda boleh 'google' jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum.

"Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya, malah beliau aktif beriadah, senaman dan menjaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa yang sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan akan bertambah.

"Beliau berkorban jika ada acara besar seperti konsert, mengenepikan rawatan dan kembali melangsingkan badan untuk lebih 'presentable' di atas pentas. Kemudian beliau mencuba lagi, lalu kembali fokus kepada acara besar dan meninggalkan sebulan dua rawatan. Begitulah rutin beliau selama 11 tahun ini.

"Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak mengatur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang di dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa.
Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahayamata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan. Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahayamata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya," tulis beliau, ditukil Astro Awani. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan