Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pengasas QuPuteh, Datuk Seri Vida sah cerai talak satu

Perkahwinan selama tiga tahun pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir hari ini (7 Apr) apabila pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah di Ipoh.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas QuPuteh, Datuk Seri Vida sah cerai talak satu

Gambar fail Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida pada April 2017. (Gambar: Instagram/ Dato Seri Vida)

Diterbitkan : 07 Apr 2017 04:36PM Dikemas Kini : 07 Apr 2017 04:42PM

IPOH: Perkahwinan selama tiga tahun pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir hari ini (7 Apr) apabila pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah di Ipoh.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 46, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata beliau dan suami hadir di mahkamah pagi tadi untuk proses lafaz cerai.

"Semuanya selesai dan kami sah bercerai dengan talak satu... Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ditanya mengenai punca perpisahan mereka, Vida hanya menjawab ringkas jodohnya dengan bekas suami tidak panjang dan perpisahan itu sangat terkesan baginya.

Vida berkata permohonan penceraian mereka difailkan baru-baru ini di
mahkamah yang sama.

Vida bernikah dengan Fairuz, 39, pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga ahli perniagaan itu.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan