Images
  • mastura boo junfeng
    Pelakon wanita utama Apprentice, Mastura Ahmad, menerima anugerah tersebut bagi pihak Boo di Arena of Stars di Resorts World Genting. (Gambar: Mastura Ahmad)

Pengarah S'pura dinobat Pengarah Baru Terbaik di anugerah filem M'sia

SINGAPURA: Pengarah tempatan Boo Junfeng memenangi Anugerah Pengarah Baru Terbaik bagi filem Apprentice, di Anugerah Global Emas Malaysia (MGGA) pada petang Ahad (5 Mac).

Bercakap kepada Mediacorp dari Tokyo menyusuli kemenangannya itu, Boo berkata beliau berasa "sangat gembira" dengan pencapaian tersebut.

"Seronok apabila filem itu disambut baik di Malaysia. Kami mendapat banyak respons yang memberangsangkan," katanya, sambil menambah bahawa filem tersebut masih ditayangkan di Kuala Lumpur lebih tiga bulan setelah ia dilancarkan.

"Harap-harap ini dapat meningkatkan sokongan bagi filem Singapura di rantau ini."

Pelakon wanita utama Apprentice, Mastura Ahmad, menerima anugerah tersebut bagi pihak Boo di Arena of Stars di Resorts World Genting.

Apprentice merupakan filem Boo yang kedua, menyusuli filem sulungnya Sandcastle yang ditayangkan di Minggu Pengkritik Antarabangsa di Cannes pada 2010.

Filem Apprentice turut mengharumkan nama negara di merata dunia, menyusuli tayangan perdananya di Un Certain Regard di Pesta Filem Cannes 2016, di mana ia menerima maklum balas positif dari para pengkritik filem antarabangsa. 

- CNA/im

Komen Anda?

Top