Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pengarah Mamat Khalid dimasukkan ke ICU selepas mengadu sesak nafas

Pengarah filem Mamat Khalid dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Ampang, pada Jumaat (21 Apr) selepas mengadu sesak nafas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah Mamat Khalid dimasukkan ke ICU selepas mengadu sesak nafas

Pengarah terkenal Malaysia, Mamat Khalid. (Gambar: Mamat Khalid/ Instagram)

Diterbitkan : 22 Apr 2017 09:52AM Dikemas Kini : 22 Apr 2017 11:48AM

PETALING JAYA: Pengarah filem Mamat Khalid dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Ampang, pada Jumaat (21 Apr) selepas mengadu sesak nafas.

Bagaimanapun, dalam petikan laporan mStar, isterinya, Hasmah Hassan, 54 tahun, berkata keadaan pengarah tersebut bertambah stabil dan tekanan darahnya juga kian beransur pulih.

"Semalam dia mengadu sakit dada selepas balik dari kedai mamak, dia terlalu letih melayan tetamu yang datang pada majlis tayangan filemnya 'Lebuhraya Ke Neraka" hingga ke malam.

"Bangun pagi tadi (21 Apr) keadaan dia sangat lemah dan anak-anak bawa dia ke hospital kira-kira pukul 9 pagi tadi," menurut laporan mStar.

Cik Hasmah berkata, tekanan darah suaminya terlalu tinggi dan berada pada tahap membimbangkan.

Katanya, setakat ini doktor masih lagi membuat pemantauan terhadap kesihatannya dari masa ke masa.

"Tekanan darah dia tinggi dan bimbang dia mendapat serangan jantung, namun Alhamdulillah, sekarang sudah semakin baik berbanding pagi tadi (21 Apr).

"Dia (Mamat) mahu keluar dari ICU dan duduk di wad biasa tapi doktor tidak benarkan. Mereka bimbang apa-apa berlaku terhadapnya jika berseorangan, kalau di ICU ramai yang jaga," katanya, dlaam tukilan laporan mStar.

Pada November 2014, Mamat turut dimasukkan ke ICU selepas mengalami masalah jantung tersumbat.

Dalam pada itu, tambahnya, pengarah filem Hantu Kak Limah itu juga sudah mampu bercakap.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan