Images
  • apm2017
    APM 2017 kembali buat kali ke-16 bagi mengiktiraf bakat-bakat dan pencapaian cemerlang dalam industri muzik Melayu serantau. (Gambar: Mediacorp Suria)

Pencalonan dibuka bagi Anugerah Planet Muzik 2017

SINGAPURA: Pencalonan bagi Anugerah Planet Muzik 2017 (APM 2017) dibuka secara rasmi dari hari ini hingga 28 April.

Dianjurkan oleh Bahagian Melayu Mediacorp, Suria, Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM, majlis penyampaian anugerah muzik berprestij itu kembali buat kali ke-16 bagi mengiktiraf bakat-bakat dan pencapaian cemerlang dalam industri muzik Melayu serantau.

Sejumlah 19 anugerah akan disampaikan di acara tersebut.

Untuk layak dicalonkan, lagu-lagu, single, EP atau album haruslah dilancarkan di Singapura, Malaysia dan Indonesia dari 1 April 2016 hingga 31 Mac 2017.

Borang pemohonan boleh didapatkan melalui toggle.sg/APM.

APM 2017 dijadual berlangsung pada 14 Oktober ini.

Senarai anugerah:

KATEGORI TERBAIK

1. Artis Baru Terbaik (Lelaki)
2. Artis Baru Terbaik (Wanita)
3. Kolaborasi Terbaik (Artis)
4. Kolaborasi Terbaik (Lagu)
5. Artis Terbaik (Lelaki)
6. Artis Terbaik (Wanita)
7. Duo/Kumpulan Terbaik
8. Band Terbaik
9. Lagu Terbaik (Singapura)
10. Lagu Terbaik (Malaysia)
11. Lagu Terbaik (Indonesia)
12. Lagu Terbaik APM

KATEGORI POPULAR

13. Artis Paling Popular (Singapura)
14. Lagu Paling Popular (Singapura)
15. Artis Paling Popular APM
16. Lagu Paling Popular APM
17. Ikon Media Sosial

KATEGORI KHAS

18. Anugerah Khas Planet Muzik
19. Anugerah Rentas Planet 

- BERITAMediacorp/im

Komen Anda?

Top