Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penantian 15 tahun: Hariani Hassan Bakri muncul dengan single pertama khas untuk arwah bapa

Setelah lebih 15 tahun berkecimpung dalam bidang seni, penyanyi Singapura berbakat ini, Hariani Hassan Bakri, akhirnya melancarkan lagu single beliau yang pertama esok (13 Mei), diberi judul 'Bagaimana Lagi'.

Anggaran Waktu Membaca:
Penantian 15 tahun: Hariani Hassan Bakri muncul dengan single pertama khas untuk arwah bapa

Penyanyi Singapura, Hariani Hassan Bakri. (Gambar: Hariani Hassan Bakri II/ Facebook)

BERITAMediacorp: Beliau merupakan antara penyanyi Singapura dengan suara paling lunak dan paling serba boleh. Setelah lebih 15 tahun berkecimpung dalam bidang seni, penyanyi Singapura berbakat ini, Hariani Hassan Bakri, akhirnya melancarkan lagu single beliau yang pertama esok (13 Mei), diberi judul 'Bagaimana Lagi'.

Hariani, di kalangan antara segelintir sahaja penyanyi Singapura yang boleh menarik suara dengan cukup baik untuk membawakan lagu-lagu Siti Nurhaliza dan Ziana Zain, menghasilkan single tersebut dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Warner Music Malaysia.

Ketika dihubungi BERITAMediacorp, Hariani berkongsi rasa terharunya: "Syukur Alhamdullilah, gembira kerana akhirnya terbitlah single pertama Hariani yang hanya dapat terlaksana sekarang setelah sekian lama dirancang.

"Niat itu sudah lama ada tetapi pelbagai halangan dan cobaan yang terpaksa saya lalui pada masa lalu. Namun, saya tak berputus asa untuk jadikan niat dan impian itu satu kenyataaan dan Alhamdullilah akhirnya tercapai jua."

Malah, jika sebelum ini Hariani cukup sinonim dan terkenal dengan kebolehannya menyanyikan lagu-lagu tradisional dengan mantap, kini menerusi single tersebut, beliau memberikan suatu kelainan dan mencuba genre muzik soul dan r&b pula. Yang pasti, lagu itu tetap cukup bererti bagi dirinya.

"Single ini membawa makna yang mendalam kerana lagu ini khusus ditujukan khas buat Allahyarham bapa tercinta. Dan ia juga istimewa buat peminat saya yang dah lama menantikan single daripada saya," kata beliau kepada BERITAMediacorp.

Hariani mula mencipta nama dalam persada seni suara tempatan setelah memenangi tempat ketiga pertandingan nyanyian Anugerah anjuran Suria pada tahun 2002.

HARAP DAPAT DITERIMA DI MALAYSIA

Mendapat sentuhan komposer terkenal Malaysia, Sharon Paul, single 'Bagaimana Lagi’ dirakamkan di studio rakaman Filmwerks, Kuala Lumpur dan mengambil masa kira-kira 3 jam.

Hariani bahkan diberi peluang untuk menyusun lagu dan mengubah sedikit dari senikatanya agar sesuai dengan ungkapan perasaannya semasa kehilangan bapanya.

"Saya berharap agar dapat berkongsi muzik dan kerjaya seni saya bukan sahaja di Singapura tetapi juga agar dapat diterima di Malaysia Insya-Allah," kata Hariani, yang merancang untuk mempromosikan lagu tersebut di seberang tambak pada Julai nanti.

Ini semestinya juga peluang Hariani untuk mengingatkan khalayak di Malaysia, bahawa beliau sebenarnya pernah menjadi pemenang tempat ketiga pertandingan Bintang Klasik Nusantara 2007, yang diadakan di Kuala Lumpur.

'Bagaimana Lagi' akan dipasarkan melalui platform-platform digital dan mula diedarkan dan diputarkan di stesen radio Malaysia bermula hari ini (12 Mei).

Majlis bagi pelancaran single pertama Hariani di Singapura bakal diadakan di The Ballroom @ East Coast esok. Acara akan berlangsung dari 7.30 malam hingga 10.00 malam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan