Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Peminat pujuk Justin Bieber batal konsert Britain; bimbang isu keselamatan

Beiber, 23 tahun, dijadual mengadakan konsert terbuka di Hyde Park di London pada bulan Julai. 

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat pujuk Justin Bieber batal konsert Britain; bimbang isu keselamatan

Seorang peminat Justin Bieber di hadapan poster penyanyi itu. (Gambar: REUTERS/Shailesh Andrade)

Diterbitkan : 24 May 2017 11:17PM Dikemas Kini : 24 May 2017 11:21PM

LOS ANGELES: Para peminat merayu kepada Justin Bieber supaya membatalkan konsert di Britain menyusuli serangan bom di konsert Ariana Grande yang mempunyai ramai peminat muda di Manchester.

Beiber, 23 tahun, dijadual mengadakan konsert terbuka di Hyde Park di London pada bulan Julai. 

Bagaimanapun para peminat membanjiri lelaman media sosial untuk menggesa beliau supaya membatalkan konsert itu demi keselamatan kedua-dua peminat dan penyanyi itu sendiri.

"Saya dapat menjangkakan ramai ibu bapa anak-anak muda yang mungkin bimbang untuk melepaskan anak mereka yang berusia 12 tahun pergi ke konsert dan ini mungkin menyebabkan ibu bapa keberatan untuk mengizinkan anak mereka menghadirinya" kata Ed McPherson, peguam hiburan dan pengurus krisis di Los Angeles.

Menurut McPherson, ia mungkin menjejas artis yang membuat persembahan kepada para penonton yang lebih muda.

Joe Reinartz, editor berita di Pollstar, berkata walaupun beliau percaya bahawa tahap keselamatan sudah diperketatkan di lokasi-lokasi konsert dan pasti akan terus dipertingkat, ibu bapa tetap akan berhati-hati.

Menurut beliau, dalam masa terdekat ini, orang ramai akan berasa bimbang terhadap sebarang perhimpunan besar-besaran yang dihadiri oleh golongan muda, dan ini bukan setakat persembahan Justin Bieber saja.

Ia melibatkan perlawanan bola sepak di sekolah menengah ataupun karnival di tanah lapang. 

Sumber : Reuters/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan