Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Peminat Guns' N' Roses kecewa dengan penganjur konsert LAMC

Konsert kugiran Guns N' Roses di Singapura pada Sabtu (25 Feb) mungkin satu acara yang dinanti-nantikan tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat Guns' N' Roses kecewa dengan penganjur konsert LAMC

Kugiran Guns N' Roses di Singapura. (Gambar: LAMC Productions)

Diterbitkan : 26 Feb 2017 11:44PM Dikemas Kini : 26 Feb 2017 11:45PM

SINGAPURA: Konsert kugiran Guns N' Roses di Singapura pada Sabtu (25 Feb) mungkin satu acara yang dinanti-nantikan tahun ini.

Namun disebabkan begitu banyak aduan dibuat terhadap pengajurnya LAMC, ia mungkin dilabelkan "konsert paling teruk dianjurkan tahun ini", seperti yang disifatkan seorang peminat tegar kugiran itu.

Peminat Guns N' Roses Terence Wu memberitahu Mediacorp bahawa beliau sudah lama menanti untuk menyaksikan kugiran kegemaran beliau "secara langsung", tetapi keseronokan itu diganggu dengan barisan yang panjang, isu pengangkutan dan kepayahan membeli makanan dan minuman disebabkan sistem pembayaran tanpa wang yang rosak.

Wu adalah salah seorang daripada mereka yang ke konsert itu dan tidak berpuas hati lalu menggunakan media sosial untuk meluahkan pandangan mereka mengenai konsert itu yang diadakan di Pusat Pameran Changi.

Mereka juga menarik perhatian mengenai pemeriksaan tiket yang tidak ketat di tempast masuk, sehingga menimbulkan kemungkinan terdapat orang ramai memasuki ke seksyen yang tidak dibayar.

LAMC AKAN BERI PAMPASAN KEPADA KREDIT YANG TIDAK DIGUNAKAN

Konsert berkenaan adalah salah satu konsert rock terhebat yang diadakan di Singapura, dengan hampir 50,000 tiket terjual, menurut LAMC, yang juga pernah menganjurkan konsert buat Metallica, Def Leppard, Justin Bieber dan Lady Gaga.

Konsert Metallica pada tahun 2013 juga, mendapat banyak aduan di media sosial.

Dalam satu catatan di laman Facebook LAMC pada awal pagi tadi, LAMC menjanjikan untuk memperbetulkan keadaan kredit RFID.

"Kami meminta maaf kepada para pengunjung yang tidak dapat membelanjakan kredit RFID mereka sepenuhnya," menurut LAMC.

"Harapan kami adalah untuk penonton kami berasa puas hati; maka kami akan memberi pampasan kepada kredit RFID yang tidak dibelanjakan. Kami sedang berusaha dengan pasukan kami untuk menghasilkan satu proses pampasan," menurutnya lagi. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan