Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pemain gitar, pengasas AC/DC, Malcolm Young meninggal dunia

Pemain gitar dan pengasas bersama kugiran rock Australia AC/DC, Malcolm Young meninggal dunia pada usia 64 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain gitar, pengasas AC/DC, Malcolm Young meninggal dunia

(Gambar: AC/DC/ Facebook).

Diterbitkan : 19 Nov 2017 11:08AM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 11:14AM

MELBOURNE: Pemain gitar dan pengasas bersama kugiran rock Australia AC/DC, Malcolm Young meninggal dunia pada usia 64 tahun.

Menurut kenyataan kugiran AC/DC, Young meninggal dunia semalam (18 Nov) selepas menderita penyakit demensia sejak 2014.

Kugiran itu mengumumkan kematian Young di laman Facebook mereka. Young dikatakan meninggal dunia di rumah keluarganya.

Young menubuhkan kumpulan AC/DC bersama adiknya, Angus yang juga pemain gitar, dan abangnya George pada 1973.

Selepas menubuhkan AC/DC pada 1973, Angus dan Malcolm menulis setiap lagu kugiran itu terutamanya antara tahun 1975 hingga album terakhir pada 2014 yang berjudul ‘Rock or Bust’.

Malcolm dilahirkan pada 1953 di Glasgow, Britain sebelum keluarganya berhijrah ke Australia ketika usianya baru 10 tahun.

Antara lagu terkenal kumpulan itu termasuk ‘Back in Black’, ‘Highway to Hell’ dan ‘You Shook Me All Night Long’.

AC/DC dianggarkan menjual lebih 200 juta rekod seluruh dunia termasuk 71.5 juta album di Amerika Syarikat sahaja.

Penerbit kumpulan tersebut, George, meninggal dunia pada Oktober lalu.

Sejak berita sedih itu diumumkan, ramai peminat dan kawan-kawannya mengucapkan takziah atas pemergiannya di laman sosial.

Sumber : Reuters/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan