Pelakon veteran Harry Dean Stanton meninggal dunia pada usia 91 tahun
Harry Dean Stanton meninggal dunia pada usia 91 tahun pada Jumaat (15 Sep) atas sebab sakit tua, menurut ejennya.
REUTERS: Harry Dean Stanton meninggal dunia pada usia 91 tahun pada Jumaat (15 Sep) atas sebab sakit tua, menurut ejennya.
Stanton, yang muncul dalam sekitar 70 filem dan banyak rancangan televisyen termasuk "Repo Man", "Paris, Texas" dan baru-baru ini dalam "Twin Peaks", meninggal dunia di hospital Cedars Sinai di Los Angeles.
Demikian menurut ejennya John Kelly dalam satu kenyataan.
Watak terakhir Stanton boleh disaksikan dalam filem akan datang yang bertajuk "Lucky".
Sepanjang kerjaya selama 60 tahun, Stanton bekerja dengan ramai pengarah terkenal Hollywood, termasuk Frances Ford Copolla ('The Godfather Part Two dan One From the Heart') dan Sam Peckinpah ('Pat Garrett dan Billy the Kid').
Selain itu, beliau juga bekerjasama dengan Martin Scorsese ('The Last Temptation of Christ'); David Lynch ('Wild at Heart', 'The Straight Story' dan 'Inland Empire') dan Ridley Scott ('Alien').
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.