Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon veteran era 60-an Sony Abdullah meninggal dunia

Seniman filem Melayu terkenal era 1960-an, Datuk Abdullah Sani Ahmad, atau dikenali Sony Abdullah, meninggal dunia petang ini di kediamannya di Selayang kerana sakit tua.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon veteran era 60-an Sony Abdullah meninggal dunia

Allahyarham Datuk Abdullah Sani Ahmad. (Gambar: Youtube)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 10:07PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 10:11PM

KUALA LUMPUR: Seniman filem Melayu terkenal era 1960-an, Datuk Abdullah Sani Ahmad, atau dikenali Sony Abdullah, meninggal dunia petang ini di kediamannya di Selayang kerana sakit tua.

Beliau yang berusia 74 tahun menghembus nafas terakhir pada pukul 4.15 petang tadi (19 Okt).

Anaknya, Fathorossoim Al-Sani Abdullah Sani berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjid Melati Selayang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves selepas solat Isyak malam ini.

“Pada 7 Okt lalu, kami baru meraikan hari lahirnya yang ke 74 dan arwah masih sihat dan gembira  ketika  itu,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Allahyarham meninggalkan lima anak.

Sepanjang kerjaya seninya, Allahyarham pernah mencipta fenomena menerusi filem Permintaan Terakhir pada tahun 1975, Menanti Hari Esok (1977), dan Gadis Langkawi (1966).

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan