Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Osman Zailani meninggal dunia pada usia 85 tahun

Pelakon veteran Osman Zailani meninggal dunia hari ini (4 Jul) pada usia 85 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Osman Zailani meninggal dunia pada usia 85 tahun

Osman Zailani. (Gambar: M Osman Zailani Amn/Facebook)

SINGAPURA: Pelakon veteran Osman Zailani meninggal dunia hari ini (4 Jul) pada usia 85 tahun.

Khabar sedih itu disampaikan oleh cucu beliau, penyanyi Hady Mirza, menerusi laman Facebooknya.

Begini bunyi tulisan Hady: "Salam semua. Datuk saya sudah kembali ke rahmatullah jam 9.30 malam tadi di KTPH. Mohon sedekahkan al-Fatihah (Mohammad bin Kechut aka Osman Zailani)."

Pihak BERITAMediacorp dimaklumkan, jenazah akan dibawa pulang dari Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) ke kediaman Allahyarham di Yishun. Jenazah dijangka di kebumikan esok.

Pada Jumaat lalu (30 Jun), sumber-sumber yang rapat dengan Allahyarham Osman Zailani memberitahu BERITAMediacorp bahawa pelakon veteran itu sudah terlantar sakit selama 18 hari.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Puat dua hari sebelum Hari Raya (23 Jun).

BAKAT DAPAT PERHATIAN PENGARAH ANTARABANGSA

Osman Zailani mewarnai industri seni Singapura dan Malaysia menerusi drama-drama dan filem, antaranya Banting (2014), Suratan Kasih (1995) dan Sesejuk Airmata Ibu (1981).

Pada tahun 2013, beliau dinobatkan dengan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam watak Pembantu bagi Drama Khas berjudul Drama terbelenggu, dalam Pesta Perdana 12.

Osman Zailani juga antara segelintir pelakon berbakat besar yang berjaya mendapat perhatian penerbit dan pengarah filem antarabangsa, dan pernah berlakon dalam siri drama dan filem Hollywood.

Pada tahun 1979, beliau pernah menjayakan watak Ong Lee dalam siri televisyen popular Hawaii Five-O dan juga watak Bob dalam filem Saint Jack.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan