Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon M'sia ditahan kerana bawa dadah yang disembunyi di bahagian dubur di Sumatera

Seorang pelakon lelaki Malaysia ditahan polis Indonesia selepas disyaki membawa dadah ketika memasuki Kota Medan, Sumatera Utara melalui Lapangan Terbang Kualanamu, 18 April lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon M'sia ditahan kerana bawa dadah yang disembunyi di bahagian dubur di Sumatera

Benjy (berbaju kelabu) ketika ditahan atas kesalahan dadah pada 2011. (Gambar: Facebook/idaman78)

Diterbitkan : 20 Apr 2017 10:15PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 10:19PM

JAKARTA: Seorang pelakon lelaki Malaysia ditahan polis Indonesia selepas disyaki membawa dadah ketika memasuki Kota Medan, Sumatera Utara melalui Lapangan Terbang Kualanamu, 18 April lalu.

Media online memetik Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah sebagai berkata, Benjy ditahan dua hari lalu setelah pihak berkuasa di lapangan terbang itu membuat pemeriksaan badan terhadapnya.

Beliau berkata setelah membuat pemeriksaan bahagian duburnya, mereka menemui dua paket dadah sintetik yang dipercayai syabu seberat 14 gram.

Katanya, pelakon berusia 38 tahun itu mendakwa memasuki Kota Medan untuk bertemu dengan seorang rakannya yang bekerja sebagai juruhebah.

Sementara itu, Atase Polis Diraja Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Abu Bakar Yaacob ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata pelakon itu kini ditahan polis Medan bagi siasatan lanjut.

"Kami sudah menerima laporan mengenai tangkapan pelakon itu dan dimaklumkan mengenai penahanannya," kata beliau.

Abu Bakar berkata suspek diitahan dua hari lalu pada 9.30 malam ketika tiba di lapangan terbang berkenaan dengan menaiki sebuah pesawat tambang murah dari Kuala Lumpur.

Pelakon itu sebelum ini pernah didakwa beberapa kali berkaitan kes dadah di Malaysia sejak 2015. 

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan