Images
  • ARY Malik
    Pelakon Malaysia, Ary Malik. (Gambar: Instagram/Ary Malik)

Pelakon M'sia, Ary Malik meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Malaysia, Ary Malik, yang sebelum ini dilaporkan menghidapi barah ovari tahap empat, menghembuskan nafas terakhir pada 7.17 malam tadi (28 Feb).

Ini disahkan oleh suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46 tahun, kepada Astro Awani.

Ary atau nama sebenarnya, Aryanee Malik Abdul Malik, dilaporkan dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 18 Februari lalu apabila keadaannya semakin lemah.

Menurut Astro Awani, Ary disahkan menghidapi barah hampir setahun lalu, dan pernah menjalani pembedahan pada bulan Mei.

Doktor juga sebelum ini mengesyaki barah beliau sudah merebak ke bahagian kepala.

Ary yang pernah mengacara program MTV dan menyertai program realiti Masterchef Malaysia, mempunyai tiga anak iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19 tahun, Dinda Pelangi Timor Malik, 13 tahun, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11 tahun.

LAPORAN BERKAITAN:

Pelakon M'sia Ary Malik kritikal akibat barah ovari

- Agensi berita/nd

Komen Anda?

Top
>