Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Juliana Evans selamat bernikah dengan kerabat diraja

Pelakon dan pengacara, Juliana Evans, 27, selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan hatinya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam semalam (30 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Juliana Evans selamat bernikah dengan kerabat diraja

Juliana Evans selamat diijabkabulkan dengan Tengku Shariffuddin. (Gambar: Juliana Evans/ Instagram)

Diterbitkan : 01 May 2017 10:13AM Dikemas Kini : 01 May 2017 10:17AM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Juliana Evans, 27, selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan hatinya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam semalam (30 Apr).

Menurut laporan Harian Metro, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin yang juga kerabat diraja Johor dan Selangor itu dengan sekali lafaz.

"Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin. Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga. Saya berharap peminat terus mendoakan kebahagiaan kami," katanya, seperti dipetik dalam laporan Harian Metro.

Juliana turut meluahkan kesyukuran kerana hari bersejarah itu berjalan lancar dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-belah pihak.

Mereka mula berkenalan sejak dua tahun lalu.

Menurut tukilan laporan Harian Metro, majlis resepsi pasangan itu dijangka akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan