Images
  • roger moore
    Gambar fail pelakon Sir Roger Moore. (Gambar: REUTERS/Neil Hall/File Photo)

Pelakon James Bond, Roger Moore meninggal dunia pada usia 89 tahun

LONDON: Pelakon Sir Roger Moore, yang terkenal dengan wataknya sebagai James Bond, meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Ini diumumkan oleh keluarganya pada Selasa (23 Mei).

Moore memegang watak James Bond dalam tujuh filem termasuk Live And Let Die dan The Spy Who Loved Me.

Keluarga mendiang yang mengesahkan berita mengenai kematiannya melalui Twitter turut mendedahkan bahawa Moore meninggal dunia selepas "bertarung dengan barah".

Menurut anak-anaknya, mendiang Moore akan disemadikan dalam satu upacara privet di Monaco.

- Agensi berita/im

Komen Anda?

Top