Pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella dikaitkan dengan bekas suami Erra, Engku Emran
Spekulasi mengenai kisah cinta pelakon jelita Indonesia Laudya Cynthia Bella, dengan seorang jejaka Malaysia menjadi tular sekali lagi.
KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai kisah cinta pelakon jelita Indonesia Laudya Cynthia Bella, dengan seorang jejaka Malaysia menjadi tular sekali lagi.
Kali ini, beliau dilihat pula sedang membeli buah durian bersama dengan lelaki yang didakwa sebagai bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Dalam tukilan laporan Malaysiakini, menurut ruangan gosip media tempatan Indonesia, pemuda yang diduga sebagai kekasih Bella itu berjalan sambil menggayakan kaca mata hitam.
Lantas, gambar berkenaan mengundang pelbagai komen daripada pengguna maya seperti: "Bel sukanya makan durian, semoga berkekalan ya,” tulis seorang pengikut.
Manakala yang lain, seperti dipetik Malaysiakini, pula menulis: “Lebih baik yang duda begini daripada kelakuan pemuda lain yang masih belum berpunya.”
Tidak kurang juga pengikut yang mendoakan kebahagiaan pelakon Syurga Tak Dirindukan dan Assalamualaikum Beijing itu.
“Semoga disegerakan Bella, menuju ke hubungan halal, amin,” kata seorang lagi pengikutnya, menurut laporan Malaysiakini.
Bella, 29, sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan Afifuddin Suhaeli Kalla, tetapi dibatalkan tanpa mengumumkan punca sebenar.
Afifuddin adalah anak Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.
Engku Emran pula sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira tetapi bercerai pada 17 Februari 2014.
Menerusi perkongsian hidup, Engku Emran dan Erra dikurniakan seorang cahaya mata Engku Aleesya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.