Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Indonesia, Iko Uwais, mainkan watak Sub Zero dalam filem Mortal Kombat 2017

Beliau kali terakhir beraksi dalam filem Star Wars: The Force Awaken, bersama-sama Yayan Ruhain dan juga Cecep Arif Rahman.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Indonesia, Iko Uwais, mainkan watak Sub Zero dalam filem Mortal Kombat 2017

Iko Uwais. (Gambar: Astrid Stawiarz / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

Diterbitkan : 29 Jun 2016 11:11PM Dikemas Kini : 29 Jun 2016 11:15PM

MERDEKA.COM: Sukar hendak dinafikan selepas filem The Raid, kerjaya pelakon Indonesia, Iko Uwais, memuncak dalam pentas antarabangsa.

Beliau kali terakhir beraksi dalam filem Star Wars: The Force Awaken, bersama-sama Yayan Ruhain dan juga Cecep Arif Rahman.

Namun, berita terkini mengkhabarkan Iko akan beraksi sebagai Sub Zero dalam filem terbaru Mortal Kombat.

Bagi mereka yang meminati Mortal Kombat sudah pasti kenal dengan watak Sub Zero iaitu seorang ninja berwarna biru dan mampu mengendalikan ais.

Laman fraghero.com melaporkan demikian.

Kisah Iko terbabit dalam filem itu sebenarnya sudah diperkatakan seawal tahun 2012, tetapi pelakon itu sendiri menafikannya.

11 pelakon besar yang lain juga diumumkan untuk memain watak-watak dalam filem itu.

Antaranya termasuklah Vin Diesel sebagai Shao Kahn, Jason Momoa sebagai Nightwolf, Ronda Rousey sebagai Sonya Blade, Tony Jaa sebagai Scorpion, Liam Neeson sebagai Rayden dan Megan Fox sebagai Kitana.

Robin Shou yang memainkan watak Liu Kang pada filem Mortal Kombat sebelum ini akan memainkan watak Shang Tsung. Filem tersebut akan berada di pasaran pada 2017. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan