Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Indonesia Iko Uwais bakal muncul dalam filem aksi Hollywood ‘Triple Threat’

Pelakon Indonesia, Iko Uwais, bakal menonjolkan kemampuan beliau dalam seni bela diri dalam filem terbaru Hollywood, Triple Threat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Indonesia Iko Uwais bakal muncul dalam filem aksi Hollywood ‘Triple Threat’

Iko Uwais bakal muncul dalam filem Triple Threat. (Gambar: Iko Uwais/Instagram)

Diterbitkan : 17 Aug 2017 10:07PM Dikemas Kini : 17 Aug 2017 10:22PM

INDONESIA: Pelakon Indonesia, Iko Uwais, bakal menonjolkan kemampuan beliau dalam seni bela diri dalam filem terbaru Hollywood, Triple Threat.

Iko mula menempa nama dalam dunia perfileman Hollywood setelah berlakon dalam filem popular seperti The Raid: Redemption dan The Raid 2. Malah Iko pernah juga memainkan watak ‘cameo’ dalam ‘blockbuster’ Star Wars: The Force Awakens.

Filem Triple Threat juga dibintangi pelakon-pelakon aksi lain seperti Tony Jaa, Tiger Chen, Scott Adkins, Michael Bisping dan Michael Jai White. Meskipun belum lagi ditayangkan di pawagam, filem itu sudahpun disebut-sebut sebagai ‘Avengers’ versi seni bela diri.

Filem itu berkisar tentang anak perempuan kepada seorang jutawan yang menjadi sasaran sebuah sindiket dan yang dapat menyelamatkan beliau adalah dua orang lelaki yang anti-pertarungan serta seorang lagi yang berniat untuk membalas dendam kepada sindiket tersebut.

Tiger Chen, salah seorang watak utama dalam filem tersebut juga memainkan peranan sebagai penerbit di samping pengarah Jesse Johnson dan Joey O’Bryan.

Treler pertama filem Triple Threat sudapun dikeluarkan dan ia menjanjikan adegan-adegan penuh aksi buat para penonton. Filem ini dijangka ditayangkan pada tahun 2018.

LAPORAN LAIN:

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan