Images
  • Amyra Rosli
    Amyra Rosli dan Amar Baharin timang bayi pertama Ahad lalu, 15 Okt. (Gambar-gambar: Amyra Rosli/Istagram)

Pelakon Amyra Rosli dapat hadiah kereta atas pengorbanan lahirkan bayi

KUALA LUMPUR: Pelakon Amyra Rosli bukan sahaja gembira kerana selamat melahirkan zuriat pertama malah mungkin juga tersenyum apabila dikejutkan dengan sebuah kereta, hadiah daripada suami tercinta.

Suaminya, pelakon Amar Baharin, 32 tahun, menghadiahkan sebuah kereta kepada Amyra sebagai tanda terima kasih terhadap pengorbanan beliau melahirkan bayi lelaki mereka, lapor Astro Awani.

Di laman Instagram Amyra melahirkan rasa terharu dek kejutan daripada suaminya itu.

"Kehadapan Daddy... Awak adalah seorang insan yang paling baik yang pernah kami jumpa. Kami sangat bertuah mendapat seseorang seperti awak dalam hidup kami.

"Terima kasih atas hadiah ini dan untuk semua perkara istimewa yang awak lakukan. Kami sayangkan awak @amarbaharin," tulis Amyra di Instagram.

Beliau juga memuat naik gambar bayinya sedang 'memegang' kunci kereta yang dihadiahkan kepadanya, lapor Astro Awani.


Pelakon drama Suami Encik sotong itu selamat melahirkan cahaya mata lelaki di Pusat Perubatan Prince court pada Ahad lalu (15 Okt).

Sejauh ini, pasangan itu masih belum mendedahkan nama anak mereka kepada para peminat, lapor Astro Awani lagi.

Amyra dan Amar bernikah pada 11 November 2016.

- Agensi berita/NK/nk

Komen Anda?

Top