Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon 70an Nozie Nani meninggal dunia

Pelakon terkenal tahun 70an Nozie Nani meninggal dunia di rumahnya di Batu Pahat, Johor, akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon 70an Nozie Nani meninggal dunia

Allahyarhamha Nozie Nani. (Gambar: Facebook / Nozie Nani)

Diterbitkan : 02 Oct 2017 03:52PM Dikemas Kini : 02 Oct 2017 03:56PM

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal tahun 70an Nozie Nani meninggal dunia di rumahnya di Batu Pahat, Johor, akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Allahyarhamha Nozia Nani, atau lebih dikenali dengan nama Nozie, meninggal dunia pada usia 66 tahun. Allahyarhamha mengalami darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan baru-baru ini didapati menghidap barah rahim tahap awal pada September lalu.

Akibat kencing manis, menurut agensi berita Malaysia BHOnline, Allahyarhamha menjalani pembedahan memotong kaki kirinya akibat penyakit kencing manis.

Cik Nabila Najat Mohd Nazamiddin, anak bongsu kepada Allahyarhamha, mendedahkan arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak lelakinya, Encik Nizad Norman dan menantunya pada jam 8.30 malam semalam (1 Okt), menurut BHOnline.

"Kami amat terkejut dengan pemergiannya. Sebelum itu, arwah meminta abang membuatkannya air susu kambing.

"Arwah masih boleh bercakap. Abang mahu memanggil ambulans atau menghantarnya ke hospital apabila melihatkan keadaannya tidak sihat tetapi arwah menolak.

"Secara tiba-tiba, arwah sesak nafas dan terus menarik nafas terakhir. Saya yang berada di tingkat atas rumah pun tidak sempat melihatnya buat kali terakhir.

"Apabila ambulans tiba, arwah disahkan sudah tiada," katanya ketika dihubungi BH Malaysia Online.

Menurutnya juga, keadaan ibu tidak menentu khususnya selepas menghidap barah rahim.

Tambah beliau, arwah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Semai, Batu Pahat pada pukul 10.00 pagi tadi (2 Okt).

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan