Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nora Danish Hamil 3 Bulan, tumpu perhatian jaga kandungan

“Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami."

Anggaran Waktu Membaca:
Nora Danish Hamil 3 Bulan, tumpu perhatian jaga kandungan

(Gambar: Nora Danish/ Instagram)

Diterbitkan : 19 Sep 2017 03:42PM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 03:46PM

MALAYSIA: Pelakon Nora Danish mengesahkan beliau sedang hamil tiga bulan. Ini selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri.

“Saya gembira dengan berita ini... Suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru," menurut Astro Gempak.

“Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan."

“Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini,” kata Nora Danish.

Menurut pengusaha label fesyen Owl By ND itu, suaminya orang yang paling gembira.

“Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami."

“Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik,” katanya kepada Astro Gempak.

Mengenai jantina bakal anaknya, Nora dan suami, tidak kisah sama mereka bakal dikurniakan puteri atau putera.

“Tapi dapat anak perempuan pun okay juga... Boleh jadi penyeri dalam keluarga kami."

“Namun, semuanya masih terlalu awal untuk dijangka,” katanya.

Menurut Astro Gempak lagi, Nora, 35 tahun, yang memiliki seorang anak hasil perkahwinan pertama, bernikah dengan Nedim pada 30 Mac lalu.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan