Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nora Danish bakal bernikah dengan Nedim esok

Pelakon jelita Malaysia, Nora Danish, bakal bernikah dengan buah hatinya, Nedim Nazri, di Kuala Lumpur esok (30 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Nora Danish bakal bernikah dengan Nedim esok

Nora Danish dan Nedim Nazri. (Gambar: Instagram/David Teo)

Diterbitkan : 29 Mar 2017 01:29PM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 01:31PM

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Malaysia, Nora Danish, bakal bernikah dengan buah hatinya, Nedim Nazri, di Kuala Lumpur esok (30 Mac).

Demikian menurut media Malaysia hari ini, yang melaporkan gambar kad undangan majlis perkahwinan pasangan kekasih itu tersebar luas di media sosial awal minggu ini.

Menurut Astro Awani, tidak banyak maklumat yang tertera di kad undangan tersebut, kecuali majlis pernikahan itu akan diadakan pada 7.30 malam esok di ibu kota.

Nedim merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Bahkan, David Teo, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di laman Instagramnya, mengesahkan lagi bahawa kedua-duanya akan diijabkabulkan esok.

Astro Awani difahamkan bahawa hanya anggota keluarga dan rakan terdekat dijemput ke majlis pernikahan itu yang akan berlangsung di Seputeh, Kuala Lumpur.

Nora dan Nedim dikatakan mula rapat sejak 2013, dan mereka tidak pernah berselindung tentang hubungan mereka selama ini.

Nora pada awal bulan ini memberitahu Berita Harian Malaysia bahawa beliau berharap akan dapat melangsungkan perkahwinan pada tahun ini, meskipun menambah belum ada sebarang kepastian mengenai soal perkahwinan ketika itu.

Malah pada tahun lalu juga, Nora tidak menolak kemungkinan akan mendirikan rumahtangga dengan Nedim, lapor mStar Online.

Nora pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli, anak mantan menteri besar Perak, dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putera Rayqal, 8 tahun.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan