Images
  • netflix
    (Gambar fail: AFP/Ryan Anson)

Netflix putuskan kerjasama dengan Kevin Spacey lagi

NEW YORK: Khidmat televisyen Internet, Neflix, enggan bekerjasama lagi dengan pelakon Amerika Kevin Spacey yang didakwa melakukan serangan seksual.

Netflix menyatakan ia tidak akan terlibat lagi dalam penerbitan siri televisyen popular, House of Cards, jika Spacey terus membintangi drama itu.

Pemenang Piala Oscar dua kali itu dilaporkan sedang disiasat polis Britian kerana disyaki melakukan serangan seksual terhadap seorang lelaki di London dalam tahun 2008.

Dia juga dituduh cuba memperkosa seorang remaja lelaki 15 tahun di New York.

Beberapa lagi lelaki juga tampil menuduh Spacey melakukan tindakan seksual terhadap mereka.

- CNA/FZ/sm

Komen Anda?

Top