Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nelydia Senrose dikenakan waran tangkap berkaitan kes cukai

Waran itu dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) yang dalam satu kenyataan menyatakan, Nelydia, 23 tahun, dihadapi dengan lima tuduhan kerana gagal untuk mematuhi notis Akta Cukai Pendapatan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Nelydia Senrose dikenakan waran tangkap berkaitan kes cukai

Pelakon Malaysia Nelydia Senrose. (Gambar: Instagram/ @nelydiasenrose)

Diterbitkan : 21 Apr 2017 10:49PM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 10:57PM

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Malaysia Nelydia Senrose dikenakan waran tangkap kerana gagal menghadiri satu prosiding membabitkan kes di mana beliau gagal mengemukakan cukai pendapatan.

Waran itu dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) yang dalam satu kenyataan menyatakan, Nelydia, 23 tahun, dihadapi dengan lima tuduhan kerana gagal untuk mematuhi notis Akta Cukai Pendapatan.

Menurut laporan Utusan Online, beliau dikehendaki mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) selama lima tahun yang bermula dari 2009 hingga 2013.

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen juga menghadapi satu lagi tuduhan. Beliau didapati gagal mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Laporan Berita Harian Malaysia Online (BHM) pula menyatakan, pada 11 April lalu, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu, diarahkan untuk menghadiri sesi sebutan pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Bagaimanapun, beliau atau wakilnya tidak menghadiri sesi sebutan kes tersebut.

Jika Nelydia didapati bersalah, beliau boleh didenda tidak kurang daripada RM200 (S$64) dan tidak lebih daripada RM20,000 (S$6,400) atau dipenjara tidak lebih dari enam bulan ataupun kedua-duanya sekali.

BHM menambah Majistret P. Sarulatha menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh baru bagi sebutan kes tersebut.

PERSONALITI LAIN JUGA PERNAH BERDEPAN PERKARA SERUPA

Sebelum Nelydia, beberapa personaliti Malaysia juga berdepan dengan masalah cukai.

Rozita Che Wan sebelum ini juga berkata bahawa beliau disekat buat sementara waktu daripada ke luar negara akibat masalah cukai tertunggak.

Pengasas syarikat kosmetik Vida Beauty, Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida pula pernah didakwa di mahkamah Sesyen di Ipoh atas kesalahan mengelak cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pelakon Nora Danish juga pernah menyuarakan cadangan beliau iaitu untuk kerajaan Malaysia supaya memberikan "sedikit pelepasan" cukai sebagai kos "penampilan".

Bagaimanapun cadangan Nora Danish itu dikecam para netizen yang membuat andaian golongan artis mahu mengelak cukai walau beliau hanya menyebut soal "kos penampilan diri". 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan