Images
  • Neelofa Lancome
    Neelofa dilantik sebagai duta Lancome. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Neelofa catat sejarah! Wanita berhijab pertama dunia dilantik jadi duta Lancome

SHAH ALAM: Pengacara dan pelakon, Neelofa mencatat sejarah apabila beliau menjadi rakyat Malaysia yang pertama dilantik sebagai duta bagi jenama kosmetik antarabangsa, Lancome.

Neelofa, 28 tahun, yang juga duta bagi satu lagi jenama antarabangsa - Swarovski - juga merupakan wanita berhijab pertama di dunia yang diangkat menjadi duta Lancome, lapor laman Utusan.

Menurut Neelofa, beliau sangat berbangga dan tidak menyangka sama sekali akan dipilih untuk menjadi duta Lancome.

"Ini pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya pun tak pernah termimpi untuk menjadi duta Lancome," kata Neelofa seperti yang dipetik Utusan Online.

"Saya memang peminat dan menggunakan Lancome sejak dulu lagi. Saya tak sabar untuk bekerja dengan Lancome dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita muda di luar sana.

"Alhamdulillah, saya terkejut dan tidak sangka akan dilantik sebagai duta kepada jenama kosmetik bertaraf antarabangsa ini. Rasa bertuah dan bangga diberi peluang ini," tambah Neelofa.

Neelofa ditemui dalam majlis pengumuman duta Lancome itu hari ini (28 Sep), lapor Utusan Online.

Pengasas tudung Naelofar Hijab itu juga bakal bertolak ke Paris untuk memenuhi tuntutan kerjanya sebagai duta jenama antarabangsa itu.

- Agensi berita/NK/nk

Komen Anda?

Top