Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Muzika Ekstravaganza raikan persahabatan kukuh S'pura, M'sia

Konsert tahunan kali ini menggandingkan pengacara Huda Ali bersama Ivan Toh, penyampai dari Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Konsert Muzika Ekstravaganza kembali untuk tahun ke-11 malam ini (7 Jul), meraikan persahabatan kukuh dua hala Singapura-Malaysia.

Selain menampilkan barisan bintang popular dari kedua-dua negara, rancangan dua jam terbitan Mediacorp dan RTM kali ini juga ada persembahan sketsa.

Bertemakan 'Cinta dan Muzik', pentas di Kampus Baru Mediacorp digegarkan dengan persembahan lagu-lagu balada cinta malar segar yang menjadi siulan ramai seperti Dealova, Laskar Pelangi dan Purnama Merindu.

Dengan diiringi alunan muzik Orkestra Melayu Singapura dan Orkestra RTM, sebanyak 22 lagu didendangkan barisan artis terkemuka tanah air dan seberang tambak.

Mereka termasuk Iskandar Ismail, Sufi Rashid, Sarah Aqilah, Azharina Azhar, Ernie Zakri, Ezad Lazim, dan Syamel.

"Satu lagi perkara yang berlainan sedikit tahun ini adalah kita persembahkan segmen ‘spillers’ ataupun sketsa yang mengetengahkan dua sahabat daripada Singapura dan Malaysia yang sama-sama menonton rancangan ini dan adalah babak-babak menarik di sebalik mereka sebagai penonton di depan pentas dan juga di belakang pentas," kata Penerbit Eksekutif, Ketua Eaglevision Mediacorp Sabariah Ramilan.

Bagi Penernit RTM Rashidah Ali pula: "Ini adalah salah satu langkah yang baik jalinan antara dua negara dari segi perkongsian muzik yang mana ianya juga adalah untuk menaikkan taraf muzik kedua-dua negara yang mana kita akan bertukar pendapat, bertukar pengalaman dari segi industri muzik dan teknologi di antara kedua-dua negara."

Konsert tahunan kali ini menggandingkan pengacara Huda Ali bersama Ivan Toh, penyampai dari Malaysia.

Ia disiarkan secara serentak pada 9.00 malam ini (7 July) di saluran Suria dan TV2 RTM.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan