Images
  • rowan atkinson
    Pelakon Rowan Atkinson, yang popular menerusi watak Mr Bean. (Gambar: Petikan skrin dari Youtube)

Mr. Bean bakal jadi bapa lagi pada usia 62 tahun

AMERIKA SYARIKAT: Pelakon watak Mr.Bean, Rowan Atkinson, bakal menjadi bapa buat kali ketiga pada usia 62 tahun.

Dalam petikan laporan Astro Awani, pasangannya, Louise Ford, yang juga seorang pelakon, dilaporkan akan melahirkan bayi mereka dalam beberapa minggu lagi.

Ford, 33, mengenali Atkinson ketika mereka terlibat dalam satu pementasan teater di West End pada 2012.

Atkinson bercerai dengan Sunetra Sastry pada 2014, dan mula keluar bersama Ford beberapa minggu selepas itu, menurut Astro Awani.

Menurut sumber seperti yang dipetik dalam laporan The Mirror, Atkinson sudah tidak sabar untuk menyambut orang baru dalam hidupnya.

"Sudah lama dia (Atkinson) tidak merasai perasaan itu. Sekali lagi menjadi bapa selepas bertahun-tahun, tentu dia sangat teruja," kata sumber itu.

Bersama bekas isterinya, Atkinson memiliki dua anak, Ben, 23, dan Lily, 21.

Sebelum ini, seperti ditukil Astro Awani, hubungan Atkinson dengan anak-anaknya, terutamanya Lily, dilaporkan tegang selepas Atkinson dikatakan tidak merestui kerjaya anak perempuannya itu sebagai penari burlesque.

- Agensi berita/IM/im

Komen Anda?

Top