Images
  • melly goeslaw
    Gambar: Melly Goeslaw/Facebook

Melly Goeslaw harap konsert amal dapat bantu Muslim Rohingya, Palestin

AMBON: Melly Goeslaw mengadakan konsert amal bagi pelarian Rohingya dan Palestin di Ambon Ahad lalu (22 Okt).

Konsert amal yang bertema "Dari Ambon Par Rohingya" itu hasil kerja sama Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi Maluku dan Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT).

Dana yang berjaya dikumpul adalah sebanyak Rp900 juta (S$90,452).

Konsert kemanusiaan bagi pelarian Rohingya dan Palestin itu mendapat penghargaan ribuan penonton yang memenuhi Auditorium Universiti Pattimura Ambon.

Melly Goeslaw yang mendendangkan beberapa lagu Islam, mengajak para penonton untuk memberikan bantuan fizikal dan juga iringan doa bagi pelarian Rohingnya dan saudara-saudara Muslim di Palestin.

"Saat ini saya hanya mampu membantu dengan bernyanyi, kerana ini yang boleh saya lakukan dengan tujuan yang sama untuk menggalang dana bagi saudara-saudara kita," katanya.

Beliau berkata sebagai umat Islam, bukti sumbangan yang boleh dilakukannya adalah dengan bernyanyi.

"Orang ramai datang ke auditorium untuk menyaksikan konsert sekaligus menggalang dana merupakan perkara biasa, tetapi apa yang kita lakukan di Ambon saat ini diharapkan dapat bermanfaat, dan menjadi wadah yang baik untuk memberikan kasih sayang kepada saudara-saudara kita," ujarnya.

"Jika tidak ada halangan, Disember 2017 ini saya akan datang untuk menyaksikan secara langusng penyerahan setiap sumbangan dari masyarakat Indonesia, kepada warga Palestin di beberapa lokasi bantuan, umum Melly.

Sementara itu, Ketua Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) Wilayah Maluku, Muhammad Fatonimen menjelaskan bahawa, konsert amal itu diharapkan dapat membantu meringankan penderitaan umat Muslim Rohingya dan Palestin. Selain itu ia berupaya mendidik orang ramai untuk rasa peduli.

"Kami sangat berterima kasih kepada Kementerian Agama atas sokongan yang cukup tinggi sehingga konsert kemanusiaan dari Ambon boleh berlangsung dengan baik," tambahnya.
 

- BERNAMA/SM/sm

Komen Anda?

Top