Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mahershala Ali pelakon Muslim pertama raih anugerah Oscar

Pelakon pilihan Mahershala Ali memenangi anugerah Oscar bagi pelakon pembantu terbaik pada Ahad (26 Feb) melalui wataknya sebagai penjual dadah bagi filem Moonlight, sekaligus menjadi bintang filem Muslim pertama untuk memenangi anugerah Oscar.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahershala Ali pelakon Muslim pertama raih anugerah Oscar

Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Akademi ke-89, Mahershala Ali. (Gambar: REUTERS/Lucy Nicholson)

Diterbitkan : 27 Feb 2017 12:57PM Dikemas Kini : 27 Feb 2017 01:00PM

HOLLYWOOD: Pelakon pilihan Mahershala Ali memenangi anugerah Oscar bagi pelakon pembantu terbaik pada Ahad (26 Feb) melalui wataknya sebagai penjual dadah bagi filem Moonlight, sekaligus menjadi bintang filem Muslim pertama untuk memenangi anugerah Oscar.

Pelakon berusia 43 tahun yang dicalonkan buat julung-julung kalinya itu mengalahkan Dev Patel dari Britain, pelakon veteran Jeff Bridges dan Michael Shannon dan pendatang baru Lucas Hedges.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para kakitangan - dan isterinya, yang baru melahirkan anak sulung mereka, seorang bayi perempuan, selang beberapa hari yang lalu.

"Moonlight" yang diarahkan oleh Barry Jenkins adalah sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan seorang warga muda Amerika-Afrika yang terkial-kial menyara kehidupannya sedang beliau membesar di sebuah kejiranan di Miami.

Sebelum ini, terdapat Muslim yang pernah memenangi anugerah Oscar dalam beberapa kategori - termasuk pembuat filem dokumentari warga Pakistan Sharmeen Obaid-Chinoy dan pengarah Asghar Farhadi - tetapi anugerah lakonan belum pernah dimenangi oleh orang Islam.

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan