Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lindsay Lohan mungkin keluarkan rangkaian fesyen 'sopan'

Bukanlah sesuatu yang pelik untuk seorang selebriti melancarkan rangkaian fesyen sendiri. Namun yang sedang diusahakan pelakon Lindsay Lohan agak berlainan sedikit.

Anggaran Waktu Membaca:
Lindsay Lohan mungkin keluarkan rangkaian fesyen 'sopan'

Lindsay Lohan. (Gambar: Lindsay Lohan/Instagram)

Diterbitkan : 13 Mar 2017 10:23PM Dikemas Kini : 13 Mar 2017 10:29PM

LOS ANGELES: Bukanlah sesuatu yang pelik untuk seorang selebriti melancarkan rangkaian fesyen sendiri. Namun yang sedang diusahakan pelakon Lindsay Lohan agak berlainan sedikit.

Menerusi satu gambar hitam putih yang dimuat naik ke laman Instagramnya, Lohan boleh dilihat memakai selendang hitam bertatahkan kristal.

Kapsyen gambar itu berbunyi: "Rangkaian fesyen baru akan keluar tidak lama lagi."

Para peminat Lohan, khususnya di kalangan Muslim dan Arab, menunjukkan keghairahan mereka di laman tersebut, lapor Arab News.

Salah seorang pengikut beliau berkata: "Tiada kata-kata yang perlu diungkapkan kecuali cantik."

Ada pula yang mengatakan: "Ini usaha yang bagus sekali, teruskannya, jadikan dunia fesyen sebagai sesuatu yang baik."

Yang lain pula memberi puji-pujian seperti "Masha Allah", "Alhamdulillah" dan "Subhanallah".

Ramai yang mungkin tertanya-tanya sama ada Lohan akan mengeluarkan rangkaian fesyen sopan. Jika benar, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Para peminat pelakon itu mula membuat spekulasi bahawa Lohan memeluk Islam pada bulan Januari lalu, setelah beliau memadamkan semua gambar dari akaun Instagramnya dan memuat naik biodata yang termasuk terjemahan bagi ucapan bahasa Arab, iaitu "Alaikum salam".

Wakil pelakon itu serta ibunya bagaimanapun segera menolak sebarang spekulasi sedemikian, mengesahkan bahawa Lohan belum memeluk Islam, lapor Arab News.

Lohan pula terus menerus menunjukkan minat dalam Islam. Baru-baru ini, beliau mendedahkan bahawa beliau menjadi "sasaran" kerana memakai tudung di lapangan terbang London.

Lohan juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Tayyip Erdogan serta isterinya pada bulan lalu untuk membincangkan nasib para pelarian Syria, sesuatu yang ingin beliau berikan tumpuan pada tahun 2017, lapor Arab news.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan