Images
  • chuck berry
    Legenda Chuck Berry yang popular dengan lagu-lagu malar segar seperti "Johnny B. Goode" dan "Roll Over Beethoven". (Gambar: REUTERS/Felix Ordonez/File Photo)

Legenda rock 'n' roll Chuck Berry meninggal dunia pada usia 90 tahun

REUTERS: Pemain gitar, penulis lirik dan juga salah seorang perintis genre rock 'n' roll, Chuck Berry, meninggal dunia pada usia 90 tahun di rumahnya di Missouri pada Sabtu (18 Mac).

Chuck Berry popular dengan lagu-lagu malar segar seperti "Johnny B. Goode," "Roll Over Beethoven," "Sweet Little Sixteen," "Maybellene" dan "Memphis".

Polis di St. Charles County di luar kawasan St. Louis, berkata mereka menerima panggilan dari seorang penjaga untuk ke rumah Berry, di mana beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Usaha untuk menyedarkan beliau semula tidak berhasil dan beliau disahkan meninggal dunia pada 1.26 petang waktu tempatan.

Dianggap sebagai salah seorang perintis bagi rock 'n' roll, kehadiran Chuck Berry atau nama sebenarnya Charles Edward Anderson Berry turut dirasai sewaktu genre itu mula wujud pada era 1950-an. 

- Reuters/im

Komen Anda?

Top