Legenda perfileman Melayu, Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia petang tadi
Seniman legenda perfileman Melayu, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81 tahun, meninggal dunia petang tadi (1 Mac), menurut laporan Berita Harian Malaysia.
SELANGOR: Seniman legenda perfileman Melayu, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81 tahun, meninggal dunia petang tadi (1 Mac), menurut laporan Berita Harian Malaysia.
Berita sedih ini disahkan anaknya, Putera Hang Nadim.
Dalam petikan laporan mStar pula, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan turut menyatakan bahawa Allahyarham meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Idzham di Taman Melawati, sekitar 5.45 petang tadi.
Allahyarham semakin uzur sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh penyakit Alzheimer yang dihidapinya.
(Gambar: Penang Kini/ Facebook)
Allahyarham turut terkenal melalui filem-filem klasik termasuk Lela Manja, Si Tanggang dan Pancha Delima.
Selain prolifik sebagai seorang pelakon, Allahyarham juga mencipta nama sebagai seorang pengarah melalui filem seperti Esok Masih Ada, Bukit Kepong dan Ali Setan.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.