Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lagu ‘I Am Me’ oleh Datuk Seri Vida memang sengaja mahu di’viral’

Muzik video rasmi ‘single' sulung Datuk Seri Vida (DSV), I Am Me, belum lagi dilancarkan, tetapi ia sudahpun menjadi satu fenomena dan hangat diperkatakan oleh warga siber.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagu ‘I Am Me’ oleh Datuk Seri Vida memang sengaja mahu di’viral’

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 16 Jul 2017 11:03PM Dikemas Kini : 16 Jul 2017 11:19PM

KUALA LUMPUR: Muzik video rasmi ‘single' sulung Datuk Seri Vida (DSV), I Am Me, belum lagi dilancarkan, tetapi ia sudahpun menjadi satu fenomena dan hangat diperkatakan oleh warga siber.

Hampir di semua media sosial, muzik video berlirik lagu I Am Me yang memaparkan aksi usahawan kosmetik itu sedang rancak dikongsikan, lapor laman Astro Gempak.

Di YouTube sahaja, lirik video I Am Me sudah ditonton lebih 50,000 kali sejak dimuat naik dua hari lalu.

Menurut pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41 tahun, usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil.

"DSV memang diketahui seorang individu yang sukakan perhatian, jadi saya sengaja mahu menjadikan lagu itu viral sesuai dengan imejnya.

"Selepas merakamkan lagu tema sebuah rancangan realiti sebelum ini, dia menghubungi saya baru-baru ini menyatakan hasratnya mahukan sebuah lagu berbahasa Inggeris.

"Jadi, saya ambil lirik dan melodi yang ringkas untuk menceritakan tentang cara membina keyakinan diri.

"Dirinya sendiri pun lambang keyakinan seorang wanita dan I Am Me sangat sesuai dengannya," katanya yang ditemui Astro Gempak ketika sesi pembikinan muzik video I Am Me di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Lagu itu dirakamkan sebanyak dua kali dan sudah dilancarkan di semua platform digital pada Jumaat (14 Jul).

Selain aksi Datuk Seri Vida dalam video tersebut, dengan muziknya yang rancak dan lirik yang berulang-ulang, tidak hairanlah jika lagu itu menjadi 'viral' dan siulan ramai.

Antara bait lirik dalam lagu I Am Me, yang menonjolkan personaliti beliau termasuk:

I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I’m A Queen

I Inspire
Your Desire
I’m A Diva
Living La Vida

Muzik video rasmi pula akan ditayangkan secara rasmi dua minggu dari sekarang, lapor Astro Gempak.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan