Images
  • DJ 1
    (Gambar-gambar: Suria)

Kyrul Ashrie - DJ baru anda di Ria 89.7FM!

SINGAPURA: Kyrul Ashrie Hans Daud dinobatkan sebagai pemenang Aku DJ Ria hari ini (6 Mei). Bermakna, para pendengar radio Ria 89.7FM bakal mendengar suara juruhebah baru di udara tidak lama lagi.


Tiga finalis - Kyrul Ashrie, Safuwan Sharan, Danial Shahrin - berentap bagi menempuhi tiga cabaran termasuk pengacaraan bersama DJ mapan, mewawancara personaliti tempatan dan menonjolkan bakat terpendam.


Dengan gayanya yang bersahaja, Kyrul Ashrie, belia tampan yang berusia 23 tahun, berjaya memenangi hati para juri dan juga pendengar Ria 89.7FM pada pusingan akhir yang diadakan di restoran Kaw Kaw SG hari ini.

Menurut Pengarah Rancangan Kanan Radio Melayu Mediacorp, Hassan Salleh Kyrul Ashrie akan menjalani latihan intensif selama tiga bulan sebelum bertugas secara rasmi di ruang udara Ria 89.7FM.

"Kyrul dinobatkan sebagai pemenang kerana prestasi beliau konsisten sepanjang pertandingan selaman tujuh minggu. Hari ini bakatnya menyerlah berbanding finalis yang lain kerana beliau melakukan kajian.

"Segmen pengacaraan beliau bersama DJ Mira Rahman dan semasa mewawancara personaliti Atyy Malek semuanya dikendalikan dengan begitu baik," Kata Penolong Pengarah Rancangan Ria 89.7FM Aura Shai.


Kyrul Ashrie, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $3,000, sebuah trofi dan kontrak sebagai penerbit-penyampai Ria 89.7FM.


Tempat kedua dimenangi oleh Safuwan Sharan yang membawa pulang wang tunai $1,000 dan sebuah trofi. Manakala Danial Shahrin menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai $500 serta sebuah trofi.


Radio Ria memulakan pencarian bakat baru itu menerusi kempen Aku DJ Ria sejak tujuh minggu lalu, di mana para calon diminta memuat naik video di laman Instagram mereka dengan menggunakan hashtag #akudjria. 

- BERITAMediacorp/nk

Komen Anda?

Top