Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kumpulan nasyid UNIC juara Gema Gegar Vaganza

Kumpulan nasyid UNIC mengejutkan orang ramai apabila diumumkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza malam semalam (21 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan nasyid UNIC juara Gema Gegar Vaganza

UNIC membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 (S$32,100) sumbangan Astro dan trofi. (Gambar: UNICofficals/ Instagram)

Diterbitkan : 22 May 2017 11:01AM Dikemas Kini : 22 May 2017 11:16AM

KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid UNIC mengejutkan orang ramai apabila diumumkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza malam semalam (21 Mei).

Dalam petikan laporan Sinar Harian, menerusi konsert akhir yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, UNIC yang menyampaikan lagu Ainul Mardhiah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 (S$32,100) sumbangan Astro dan trofi.

Tempat kedua jatuh kepada Hijjaz dan melayakkan mereka membawa wang tunai RM30,000 (S$9,630) sumbangan Astro dan trofi. Kumpulan ini juga turut memenangi Anugerah Persembahan Pilihan Penonton, di mana mereka juga membawa pulang wang tunai RM5,000 (S$1,600).

(Gambar: @amir_rusydi_/ Instagram)

Kumpulan nasyid Mirwana yang mendendangkan lagu Ya Rasulullah pula mendapat tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM20,000 (S$6,420) dan trofi, menurut Sinar Harian.

Tempat keempat diberikan kepada penyanyi kurang daya penglihatan dan juga penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat yang membawa pulang wang tunai RM15,000 (S$4,810). Azmi juga dipilih memenangi Anugerah Gema Terindah dan mendapat RM15,000.

Hafiz Hamidun dan Saujana hanya mampu berpuas hati di tempat kelima dan keenam dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 (S$3,210) dan RM5,000.

Dalam tukilan laporan Sinar Harian, keenam-enam finalis perlu menyampaikan dua lagu iaitu lagu tugasan dan lagu 'battle' antara Azmi dan Hafiz Hamidun yang menyampaikan lagu Aku Maafkan Kamu; Saujana dan UNIC (Kalah Dalam Menang) serta Hijjaz dan Mirwana (Alhamdulillah).

Sistem pemarkahan diadili seratus peratus oleh dua juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah bersama Oki Setiana Dewi dan juri jemputan iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Penyanyi Siti Nordiana, pelawak Achey dan Fikri juga bertindak selaku pengacara Gema Gegar Vaganza.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan