Images
  • Pitbull
    Pitbull batalkan konsert di Singapura. (Gambar: Reuters)

Konflik jadual, Pitbull batalkan persembahan di Singapura

SINGAPURA: Penyanyi rap dari Amerika Syarikat Pitbull membatalkan semua siri pertunjukan jelajah Asianya. Beliau dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Suntec, Singapura pada 27 Mei.

Menurut kenyataan media dari penganjur konsert, Live Nation Lushington, konsert itu dibatalkan kerana 'konflik jadual'.

"Pitbull memohon maaf yang mendalam kepada peminat beliau dan berharap dapat datang ke Asia pada masa depan", tambahnya.

Pemulangan penuh wang tiket boleh didapati mulai 12 Mei.
Mereka yang telah membeli tiket dalam talian melalui APACtix dengan kad kredit akan menerima bayaran balik secara automatik. Mereka yang menggunakan APACtix untuk membeli tiket secara tunai atau Nett diminta terus ke pejabat APACtix di Stadium Tertutup Singapura dengan membawa tiket mereka dan kad pengenalan untuk menerima bayaran balik.

Bagi mereka yang membeli tiket melalui Sistic pula akan menerima bayaran balik melalui kaedah pembelian yang digunakan, kata promoter konsert. Pembelian yang dibuat menggunakan kad kredit atau debit akan dipulangkan secara automatik ke kad yang sama. 

- CNA/ns

Komen Anda?

Top