Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

King Coco selamat lahirkan anak pertama

King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail selamat melahirkan seorang bayi lelaki sekitar jam 5.29 petang semalam (8 Nov) di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
King Coco selamat lahirkan anak pertama

Captain Azrin dan King Coco. (Gambar: ikhwanmohamad_weddings/Instagram)

Diterbitkan : 09 Nov 2017 08:41PM Dikemas Kini : 09 Nov 2017 09:13PM

KUALA LUMPUR: King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail selamat melahirkan seorang bayi lelaki sekitar jam 5.29 petang semalam (8 Nov) di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, menurut laporan MyNewsHub. 

Khabar gembira berkenaan dikongsi King Coco dan Captain Azrin Annas menerusi beberapa catatan yang dimuat naik di laman Instagram masing-masing selepas kelahiran cahaya mata itu.

Dalam pada itu, menurut laporan MyNewsHub, King Coco juga dilihat sempat merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital atas layanan baik yang diberikan sepanjang beliau dirawat di situ. 

Tq so much , for all the wishes. ❤️❤️❤️

A post shared by KING COCO �� (@k1ngcoco_1) on

Pada masa sama, Captain Azrin turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan buat anak dan isterinya.

“Alhamdulillah isteri saya Marshaira Binti Ismail baru saya melahirkan bayi lelaki seberat 3.63kg lebih kurang pukul 5.29 petang di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

“Terima Kasih diatas doa kedua-dua ibubapa kami, adik beradik, saudara-mara serta rakan-rakan yang kami kasihi semuanya. Semoga dengan kelahiran ini membawa seribu berkah dan rahmat kepada semuanya. Doakan agar besar nanti menjadi anak yang soleh. Amin,” katanya.

Perkongsian tersebut dilihat menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut, demikian dilaporkan MyNewsHub. 

Salah seorang netizen berkata: "Sekali lagi tahniah kami ucapkan buat King Coco dan suami ya! Semoga dengan kehadiran putera ini memberi lebih kebahagian buat rumah tangga mereka berdua!" 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan