Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kehangatan APM 2017 mula dirasai di F1 GP M'sia

APM 2017 disokong oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA) dan Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (COMPASS). 

Anggaran Waktu Membaca:
Kehangatan APM 2017 mula dirasai di F1 GP M'sia

Rossa membuat persembahan di prelud APM 2017 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang. (Gambar: Mediacorp Suria)

SEPANG: Kehangatan Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 sudah mula dirasai selepas prelud APM 2017 menjadi acara kemuncak konsert penutup Grand Prix Malaysia Petronas Formula 1, Konsert F1NALE, pada malam Ahad (1 Okt).

Ia turut menampilkan penyanyi-penyanyi hebat serantau seperti Aisyah Aziz dari Singapura, Hael Husaini dari Malaysia dan Rossa dari Indonesia dalam mewarnai acara penutup tirai itu yang sekaligus menandakan perlumbaan F1 terakhir di Malaysia.

Acara prelud tersebut adalah satu usaha sama APM dan Grand Prix Malaysia Petronas Formula 1 2017.

Ribuan penonton membanjiri prelud APM 2017, yang dihoskan bersama oleh Dzar Ismail dari Singapura dan Daphne Iking dari Malaysia, meskipun cuaca kelihatan mendung di Litar Antarabangsa Sepang semalam.

(Gambar-gambar: Mediacorp Suria)

Diadakan buat kali ke-16, APM 2017 memberi penghargaan dan menghimpunkan artis-artis cemerlang dan karyawan industri muzik di rantau ini.

Dianjurkan oleh Mediacorp Suria, Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM, acara utama APM bakal berlangsung di MES Theatre di Mediacorp pada 9.00 malam, Sabtu, 14 Oktober.

Tiket-tiket boleh dibeli dari semua cawangan SISTIC atau secara online.

Ia juga akan disiarkan secara langsung di saluran Suria, Jak tv dari Indonesia, stesen radio Ria 89.7FM, Warna 94.2FM dan online di Toggle.

Para peminat dan penggemar muzik juga berpeluang untuk mengundi lagu dan artis kegemaran mereka dalam kategori Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura) dan Ikon Media Sosial.

Undian boleh dibuat menerusi Toggle di toggle.sg/apm dari sekarang hingga 14 Oktober pada jam 10.00 malam.

APM 2017 disokong oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA) dan Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (COMPASS). 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan