Images
  • justin b
    Justin Bieber membuat persembahan di Seattle, Washington. (Gambar: AFP/Getty Images North America/Matt Hayward)

Justin Bieber akan buat persembahan di Singapura pada Oktober ini

SINGAPURA: Justin Bieber akan membuat persembahan di Stadium Nasional Singapura pada 7 Oktober ini sebagai sebahagian daripada Purpose World Tour, menurut pihak penganjur Unusual Entertainment, pada Jumaat (7 Julai).

Dalam satu pos Facebook daripada syarikat tersebut, tiket-tiket bagi kategori berdiri berharga $228, $258 dan $298.

Tiket-tiket bagi kategori tempat duduk pula berharga $148, $188, $228 dan $258.

Pakej-pakej VIP turut ditawarkan secara online, dengan harga tiketnya bermula $708 dan ke atas.

Keistimewaan tiket ini termasuklah memberikan akses belakang pentas, selain diberi keutamaan di tempat masuk pit, dan mendapat akses masuk ke bilik istirehat VIP.

Jualan tiket secara umum akan dijalankan di laman web Sports Hub, Pejabat Stadium Indoor Singapore dan cawangan-cawangan SingPost pada 22 Julai, jam 10 pagi.

Selain Singapura, penyanyi asal Kanada itu akan membuat persembahan di Hong Kong, Jepun dan Filipina.

- CNA/ur

Komen Anda?

Top