Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Joy belum cerai suami pertama semasa bernikah dengan Hafiz

Kisah rumahtangga penyanyi Malaysia Hafiz Hamidun dan isterinya Joy Revfa masih lagi kecoh.

Anggaran Waktu Membaca:
Joy belum cerai suami pertama semasa bernikah dengan Hafiz

Hafiz Hamidun bersama isterinya Joy pada hari persandingan mereka. (Gambar: Youtube / Liya Dior)

Diterbitkan : 22 Aug 2017 09:10PM Dikemas Kini : 22 Aug 2017 09:14PM

MALAYSIA: Kisah rumahtangga penyanyi Malaysia Hafiz Hamidun dan isterinya Joy Revfa masih lagi kecoh.

Hafiz Hamidun memberikan penjelasan mengenai masalah rumah tangga mereka yang baru sahaja didirikan dua bulan lalu, dalam satu sidang media menerusi Facebook Live hari ini (22 Ogos).

Dalam kenyataannya itu, Hafiz berucap begitu tenang sekali menjelaskan keadaan rumah tangga mereka.

Beliau mendakwa bahawa isterinya sebelum ini pernah bernikah dengan seorang lelaki bernama Mohd Rayos Abdul Rahim di Songkla, Thailand.

Namun, ketika Hafiz bernikah dengannya, tiada surat penceraian yang sah dan Joy mendakwa bahawa beliau sudahpun bercerai dengan Mohd Rayos menerusi kiriman WhatsApp.

Menurut Hafiz dalam sidang media Facebook Live Harian Metro, beliau mendesak Joy untuk menyelesaikan masalah ini namun Joy enggan dan selalu berikan alasan bermacam.

Walaupun belum dapat surat penceraian, perkahwinan tetap dijalankan atas surat perakuan janji bahawa Joy mendapatkan surat sah cerai sebelum 8 Ogos.

Akibat keraguan dalam status rumah tangga mereka, kedua-duanya pergi ke Songkla untuk menguruskan cerai taklik, iaitu penceraian yang bergantung dengan kondisi. Apabila mereka melakukan sedemikian, Hafiz mendapati bahawa Joy belum lagi bercerai.

Berbeza dengan dakwaan Joy semalam kepada BHM yang mengatakan: "Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.

"Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian.

"Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah."

Dalam sidang media itu juga, Hafiz menolak dakwaan Joy bahawa beliau tidak berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Dengan yakin Hafiz mengatakan bahawa perkahwinannya dengan Joy tidak sah.  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan