Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Janet Jackson, suami berpisah beberapa bulan selepas lahirkan anak

Penyanyi Janet Jackson dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya hanya beberapa bulan setelah melahirkan anak pertama mereka, pada usia 50 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Janet Jackson, suami berpisah beberapa bulan selepas lahirkan anak

Penyanyi AS Janet Jackson bersama suami Wissam Al Mana. REUTERS/Alessandro Garofalo/Fail

Diterbitkan : 11 Apr 2017 04:09PM Dikemas Kini : 11 Apr 2017 06:28PM

LONDON: Penyanyi Janet Jackson dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya hanya beberapa bulan setelah melahirkan anak pertama mereka, pada usia 50 tahun.

Sumber-sumber yang dekat dengan penyanyi itu mendedahkan demikian kepada laman The Mail.

Bintang pop yang juga adik kepada Michael Jackson, bernikah dengan seorang usahawan dari Qatar Wissam Al-Mana pada 2012 dan anak lelaki mereka, Eissa dilahirkan pada bulan Januari tahun ini.

Seorang rakan Janet Jackson memberitahu The Mail pada Ahad (9 Apr): “Dengan duka citanya, Janet dan Wissam memutuskan untuk berpisah. Kedua-duanya individu yang sibuk tetapi bersungguh-sungguh mahu menjadi ibu bapa yang baik, meskipun mereka berpisah. Perpisahan mereka dilakukan dengan baik dan mereka bersetuju supaya Eissa tinggal dengan nenek sebelah bapanya, yang menetap di London.”

Minggu lalu, satu laman hiburan mendakwa Wissam berjaya memikat hati Janet Jackson, yang pernah berkahwin sebanyak dua kali, untuk berumah tangga dan menggantikan dunia glamor dengan peranan sebagai ibu dan isteri.

Namun, tanggapan itu nampaknya dibuat terlalu awal. Proses perpisahan mereka mungkin rumit dan memerlukan kos yang tinggi memandangkan Wissam, seorang CEO sebuah konglomerat berbilang negara, Al-Mana, yang dianggarkan bernilai sekitar £800 juta (S$1.4 bilion) kurangnya empat kali ganda nilai bersih Janet Jackson, lapor laman Saudi Gazette.

Apabila pasangan iu berkahwin, terdapat banyak spekulasi, namun tidak disahkan, bahawa Janet Jackson sudah memeluk Islam setelah dilihat memakai hijab.

Sebelum ini terdapat desas-desus pasangan itu berpisah hanya beberapa hari setelah kelahiran anak mereka kerana Janet Jackson dilihat di tempat awam tanpa memakai cincin perkahwinan.

Janet Jackson pernah berkahwin dengan penyanyi James DeBarge pada tahun 1984 tetapi mereka bercerai pada tahun 1985. Suami kedua beliau pula seorang penari dari Mexico, Rene Elizondo. Mereka berkahwin pada 1991 namun bercerai pada tahun 2000, lapor Saudi Gazette.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan