Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jamal Abdillah perkenalkan isterinya kepada peminat

Selepas tujuh bulan berdiam diri, penyanyi veteran Datuk Jamal Abdillah memperkenalkan isterinya, Zai Izzati Khairuddin, 23 tahun, kepada para peminat.

Anggaran Waktu Membaca:
Jamal Abdillah perkenalkan isterinya kepada peminat

Gambar Jamal Abdillah dengan isterinya. (Gambar: Youtube)

Diterbitkan : 19 Nov 2017 10:48PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 10:51PM

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh bulan berdiam diri, penyanyi veteran Datuk Jamal Abdillah memperkenalkan isterinya, Zai Izzati Khairuddin, 23 tahun, kepada para peminat.

Penyanyi lagenda yang berusia 58 tahun itu memberitahu media bahawa jurang usia 35 tahun adalah "ketentuan Tuhan" dan beliau amat gembira mendapat seorang isteri baru yang penyayang, lapor New Straits Times.

"Berkahwin lagi bukanlah mudah, khususnya jika orang yang dikahwini lebih muda. Saya mengaku bahawa perjalanan kami sebagai pasangan suami isteri hanya bermula, dan banyak lagi yang kami boleh lakukan untuk mengenali antara satu sama lain," kata Jamal.

Beliau turut mendedahkan bahawa isteri barunya itu lebih "hip dan bersemangat" berbanding dirinya, dan hasilnya, "jiwanya yang lebih tua" berjaya "merubah tabiat hip isterinya", mrnurut New Straits Times.

"Saya mempunyai tanggunjawab sebagai seorang suami, tapi pada masa yang sama, juga belajar benda baru daripada dia. Kunci kepada perkahwinan yang baik adalah sikap bertolak ansur."

Jamal Abdillah dan Zai bernikah sebulan selepas mereka mengenali isi hati masing-masing.

Beberapa anggota keluarga dan rakan-rakan merasakan perkahwinan mereka "terlalu pantas berlaku" tetapi Jamal berfikiran sebaliknya.

"Saya sudah berfikir mengenai perkahwinan ini masak-masak, dan juga berbincang bersama mereka yang saya sayangi. Pada awalnya kami bertemu, kami tidak selalu keluar bersama, dan hanya berhubung menerusi telefon," seperti ditukil New Straits Times. 

Jamal sebelum ini bernikah dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Beliau mempunyai dua orang anak: Osama Yamani berusia 16 tahun dari perkahwinan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 10 tahun, dari pernikahan dengan Fatimatuzahrah. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan