Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Izara sah bergelar isteri Adib Khalid

Pelakon Izara Aishah sah bergelar isteri kepada anak tiri penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid dengan sekali lafaz pada semalam (17 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Izara sah bergelar isteri Adib Khalid

Pasangan bergambar bersama keluarga pada hari pernikahan mereka. (Gambar: Datuk Seri Siti Nurhaliza/ Instagram).

Diterbitkan : 18 Nov 2017 09:50AM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 09:53AM

PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah sah bergelar isteri kepada anak tiri penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid dengan sekali lafaz pada semalam (17 Nov).

Pasangan itu disatukan kira-kira pukul 9.00 malam dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glamm Hall, Mercu Mustapha Kamal, lapor mStar.

Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 25 tahun, menerima mas kahwin sebanyak RM700 (S$230) dari Adib. Wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Beliau turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Majlis istimewa itu dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan teman rapat.

Sementara itu, Izara meluahkan rasa syukurnya kerana majlis yang dirancang selama tiga bulan itu berjalan lancar.

"Alhamdulillah, sempurna sudah majlis pernikahan. Sejujurnya, saya berasa sangat gementar sebelum acara bermula. Namun, apabila Adib selesai melafazkan akad nikah perasaan sangat lega.

"Apa yang pasti, bermula sudah tanggungjawab baru saya sebagai isteri. Saya mengharapkan rumah tangga yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah dan berlangsung dengan baik. Doakan yang terbaik buat kami,” kata Izara.

Sebelum ini, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 7 Julai selepas bercinta selama tiga tahun.

Menurut laporan mStar, pasangan ini turut diraikan dalam majlis resepsi sebelah pihak perempuan selepas acara akad nikah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi Marsha Milan dan teman baiknya pelakon Kilafairy.

Pasangan mempelai mengayakan busana pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim serta barang kemas daripada Habib, lapor mStar lagi.

Antara rakan artis yang hadir, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar dan Azira Shafinaz. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan