Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Imran Ajmain dah serius nak kahwin; mahu jalin hubungan lebih serius

Penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain, menyuarakan keinginannya untuk menjalin hubungan lebih serius dalam perhubungan selain bersedia mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dikatakan ''sedang'' dikenalinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Imran Ajmain dah serius nak kahwin; mahu jalin hubungan lebih serius

(Gambar: Imran Ajmain)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 11:52PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 11:58PM

SINGAPURA: Penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain, menyuarakan keinginannya untuk menjalin hubungan lebih serius dalam perhubungan selain bersedia mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dikatakan ''sedang'' dikenalinya.

Menurut Imran, pada usianya yang kini sudah mencecah 36 tahun, beliau tidak memikirkan perkara lain sebaliknya lebih serius ke arah soal mendirikan rumah tangga, lapor laman Berita Harian Malaysia.

"Ada kawan tetapi belum serius, sudah tentu (nak berumah tangga). Kalau dah lebih 30 (usia) tu kita berkawan dah tiada niat lain, saya pun fokus dan komited pada kerja (nyanyian) sudah 10 tahun.

"Ibu saya juga kini berseorangan dan dia tidak mahu ke Kuala Lumpur, jadi jika saya nak ubah situasi itu saya kena berteman (berkahwin) untuk temankan dia juga," katanya kepada Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi temubual dan fotografi program Riang Ria Aidilfitri bersama Imran Ajmain yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Jun.

Dalam program itu, para pengamal media dibawa ke CelebFest Ramadan 2017 di Pusat Konvensyen Suntec Singapore, selain pelancaran album mini berjudul Aidilfitri yang memuatkan empat lagu iaitu Aidilfitri, Bersabarlah Sayang dan Joget Aidilfitri nyanyian asal oleh Sanisah Huri serta Suasana Riang Di Hari Raya (Junainah M amin).

Imran berkata, beliau akan mengasingkan dan tidak akan mencampuradukkan terutama dalam urusan kerjaya seni dan hal peribadi.

Saya tidak perlu merahsiakan dia siapa (kenalan) dan pada masa sama saya tidak perlu menguar-uarkan atau buat sidang media. "Sampai satu masa (yang sesuai) saya sangat bersedia (memaklumkan pada umum). Tiada masalah. Tak perlu merahsiakan itu adalah prinsip saya," katanya sebagaimana lapor BH Malaysia Online. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan