Skip to main content

Iklan

Iklan

Hubungan Neelofa, Fattah Amin retak, ada orang ketiga

Bagi peminat drama Suri Hati Mr Pilot yang teringin melihat gandingan pasangan sejoli, Neelofa dan Fattah Amin, kekal ke jinjang pelamin, harapan anda mungkin berkecai sudah.

Anggaran Waktu Membaca:
Hubungan Neelofa, Fattah Amin retak, ada orang ketiga

Neelofa dan Fattah Amin. (Gambar: Instagram/Neelofa)

Diterbitkan : 20 Dec 2016 04:25PM Dikemas Kini : 20 Dec 2016 04:29PM

KUALA LUMPUR: Bagi peminat drama Suri Hati Mr Pilot yang teringin melihat gandingan pasangan sejoli, Neelofa dan Fattah Amin, kekal ke jinjang pelamin, harapan anda mungkin berkecai sudah.

Hubungan pelakon Malaysia terkenal, Neelofa dan Fattah Amin dilaporkan retak akibat kehadiran orang ketiga.

Fattah Amin dikatakan bercinta dengan wanita lain - aktres kacukan, lapor mStar Online hari ini (20 Dis).

Ini tentunya satu kejutan kepada para peminat mereka. Baru minggu lalu, media Malaysia melaporkan Fattah Amin mengakui sudah berjumpa dengan keluarga Neelofa untuk meminta restu agar mereka dapat berkawan dengan lebih rapat. Bahkan ramai peminat yang meluahkan rasa gembira atas berita itu hingga pasangan itu digelar "Lofattah."

“Ada memang ada (jumpa keluarga). Perkara macam ini kita tidak tahu lagi. Jodoh itu di tangan Allah, kita boleh merancang sahaja,” kata Fattah Amin ketika ditemui Malay Mail Online di Anugerah Melodi 2016, pada 10 Dis.

NEELOFA AKUI KECEWA

Bercakap kepada mStar Online, Neelofa, 27 tahun, mengakui kecewa selepas mendapat tahu tentang berita Fattah Amin mempunyai hubungan cinta dengan wanita lain kerana mengetahuinya dengan cara "tidak elok".

Namun, Neelofa berkata beliau tidak ingin mengulas panjang kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

"Tidak adil kalau saya ulas perkara ini tanpa Fattah atau orang ketiga itu di sini dan tidak mahu ia akan jadi salah faham dan memburukkan lagi keadaan.

"Saya baru tahu cerita ini cuma saya kesal cara saya mengetahui berita dakwaan ini dengan cara yang tidak elok," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui dalam satu sidang media hari ini sempena pelantikannya sebagai duta Kad Muslimah Bank Rakyat.

Neelofa, yang juga pengasas Naelofar Hijab, memberitahu mStar Online, beliau kini ingin fokus kepada kerjayanya justeru tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara tersebut.

HUBUNGAN KINI "RUMIT"

Beliau juga berkata hubungannya dengan Fattah Amin kini agak rumit untuk dijelaskan.

Namun, Neelofa menegaskan beliau boleh bersikap profesional sekiranya digandingan dengan Fattah Amin sekali lagi dalam drama lain.

"Kami mulai rapat sejak berlakon bersama dan selesa berkawan dengan dia sepanjang kami berlakon bersama.

"Peminat pula suka dan mahukan saya dan Fattah betul-betul mempunyai hubungan istimewa. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana saya perlu memikirkan banyak pihak jika ingin memberi kenyataan tentang hubungan kami.

"Bagaimanapun apa yang saya boleh katakan hubungan kami sekarang ialah complicated," ujar Neelofa kepada mStar Online.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan