Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hetty Sarlene dah nikah! Sah jadi isteri kepada jejaka Britain, Daniel Oakes

Pelakon dan Penyanyi Hetty Sarlene hari ini (23 Jul) sah bergelar isteri kepada si jantung hati, Daniel Oakes.

Anggaran Waktu Membaca:
Hetty Sarlene dah nikah! Sah jadi isteri kepada jejaka Britain, Daniel Oakes

Hetty Sarlene dan suaminya, Daniel Oakes. (Gambar: BERITAMediacorp)

SINGAPURA: Pelakon dan Penyanyi Hetty Sarlene hari ini (23 Jul) sah bergelar isteri kepada si jantung hati, Daniel Oakes.

Pasangan mempelai sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh kadi Sallim Jasman pada pukul 12.00 tengah hari tadi di Royal Palm @ Clarke Quay.

BERITAMediacorp diberitahu oleh ibu Hetty, Cik Sairah Omar, 55 tahun, bahawa hantaran anaknya adalah €10,000 (S$14,910).

Live Update - Hetty Sarlene + Daniel Oakes

Posted by Majalah Nak Kahwin on  Friday, 22 July 2016

Hetty dan Daniel, yang kedua-duanya berusia 32 tahun, mengenakan busana putih bagi majlis pernikahan yang dilangsungkan dalam bahasa Inggeris.

Mereka kemudian bertukar kepada pakaian berwarna biru bagi majlis persandingan gah yang diserikan lagi dengan kehadiran sekitar 3,500 kaum keluarga dan sahabat handai.

~Congrats May All Your Tomorrows Be As Happy And Magical As Today...Happy Married Life!! @hettysarlene #HettyXDaniel

A video posted by ��SuJoieDeVivre�� (@suriya_saad) on

 

Majlis itu turut diserikan lagi dengan kehadiran pengarah filem tersohor, Yusof Haslam, yang membantu melonjakkan nama Hetty dalam arena lakonan Malaysia menerusi filem dan drama seperti Sembilu Kasih dan Sembilu 2005.

Menurut ibu Hetty, satu lagi majlis akan diadakan di London tidak lama lagi namun tarikhnya belum ditetapkan.

Sebelum ini, BERITAMediacorp melaporkan status Hetty Sarlene yang sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka idaman beliau itu di London pada 25 Disember 2015.

Majlis pertunangannya Hetty bersama Daniel Oakes diadakan secara “tertutup” dan kecil-kecilan, dihadiri oleh kaum keluarga pada hari cuti umum Hari Krismas.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan