Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Henry Golding dipilih mainkan watak utama filem 'Crazy Rich Asians'

Personaliti televisyen berpangkalan di Singapura, Henry Golding, akan membintangi versi filem novel 'Crazy Rich Asians.'

Anggaran Waktu Membaca:
Henry Golding dipilih mainkan watak utama filem 'Crazy Rich Asians'

Henry Golding (Gambar: Fly Entertainment)

SINGAPURA: Personaliti televisyen berpangkalan di Singapura, Henry Golding, akan membintangi versi filem novel 'Crazy Rich Asians.'

Golding akan memainkan watak Nick Young dalam versi filem novel tulisan Kevin Kwan yang laris dijual itu, yang akan diarahkan oleh Jon M.Chu.

Pelakon dari 'Fresh Off the Boat', Constance Wu sudahpun dipilih turut membintangi filem tersebut, yang mengisahkan tentang keluarga-keluarga mewah yang tinggal di Singapura.

Chu memberitahu Mediacorp bahawa "Henry seorang yang hebat!"

"Kami mencari di seluruh dunia bagi gabungan sempurna seorang pengembara dunia, putera dan kekasih," katanya. "Namun siapa sangka beliau berada tepat di mana buku itu kata beliau akan berada... di Singapura!"

Golding diwakili di Singapura oleh FLY Entertainment. Menurut lamannya, bapa Golding dari England dan ibunya dari Sarawak. Beliau seorang pendandan rambut terlatih yang kini seorang hos dan penyampai rancangan.

Beliau pernah menjadi hos bagi rancangan-rancangan Channel NewsAsia termasuk 'Food Reformers' dan 'Don't Mess With Us.' Beliau juga pernah tampil dalam rancangan 'The Travel Show' di BBC.

FLY Entertainment memberitahu Mediacorp ia tidak dibenarkan mengesahkan spekulasi tentang pemilihan pelakon. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan